Friday, 12 September 2014
Thursday, 11 September 2014
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
SEMESTER 1 SESI JUN 2014
PENGAJIAN MALAYSIA (DUB 1012)
TAJUK:SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
NAMA PENSYARAH: PUAN MASITAH BINTI MOHD ALI
JABATAN: KEJURUTERAAN MEKANIKAL
NAMA PELAJAR:
1. SHARAD BHAVAN A/L SOMASUNDARAM (08DKM14F1090)
2. AHMAD SHUKRI BIN GHANI (08DKM14F1078)
3.AKRAM BIN AMERI (08DKM14F1070)
PROGRAM: DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
KELAS: DKM1B
SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Tanah Melayu yang merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan,
pelayaran dan pusat perdagangan tentunya pernah menjadi satu tempat
persinggahan dan penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan
asal usul.Justeru konsep percampuran populasi bukanlah merupakan satu fenomena
baru dan asing di Malaysia. Kebanyakan ahli sejarah dan antropologi
sosial bersetuju bahawa struktur susunan ras etnik dan corak
penempatan penduduk masa kini telah ditentukan pada zaman perkembangan kolonial
dan eksploitasi orang British di Semenanjung Malaysia. Dalam tahun 1786 hingga
1914 merupakan zaman paling penting dalam menentukan pola-pola etnik, ekonomi
dan politik masa kini di Semenanjung Malaysia.
Aspek
demografi merupakan perkara yang penting dalam mencorakkan kemajmukan
masyarakat Malaysia. Aspek demografi tidak hanya memperlihatkan betapa uniknya masyarakat Malaysia dari segi komposisi etnik tetapi turut mewarnai
wajah sosiobudaya, demografi politik dan proses politik di Malaysia.
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula
apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan
kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang
panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih
satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu,
Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau
bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang
besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah
Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia
yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.
Sebelum abad ke-18,
penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang
Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar
juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang
daripada Sumatera, IndonesiaTetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika
itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P.
Ongkili, 1985:4).
Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur
masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang
berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara
asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan
sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan
migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku
sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah
penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam
aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.
Hal ini kerana, masyarakat
Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan
kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga
ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa
cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap
lama di Tanah Melayu. Bilangan buruh Cina yang berhijrah
memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang
tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara
haram ke Tanah Melayu.
Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu
menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh
masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah
Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat
Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah
membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya
golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia
dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar
selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal
daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami
masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana
di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya
berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika
itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu
itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya
benguasai negeri-negeri Melayu.
Selain migran daripada negara China dan India,
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar
seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah
berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang
Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan
Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat
Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik
antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Pendatang dari Ceylon
kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan
pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai
selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20an. Kedatangan berterusan ini
disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor
utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih
berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka. Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah
proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang.
Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman,
amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku
dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik
berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah
ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat
secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik
yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk
pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh
negara-negara Eropah Barat dan Telok.
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu
merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk
kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan
kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Orang
Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.
Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina
merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal
daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19.Mereka terkenal kerana kuat
bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek
Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang
tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal
di kawasan selatan tanah air di Johor.
Kumpulan etnik terkecil
antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10
peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan
British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik,
luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India.Kebanyakan beragama Hindu,
mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan
pedas dan pakaian sari yang mewah.
Subscribe to:
Posts (Atom)